Saturday, July 11, 2009

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERI NAFAS BARU PENJUAL JAGUNG BAKAR

KOTA MARUDU, 10 Julai -- "Duit mahu beli garam pun tidak adaterpaksa makan lauk dan sayur yang tawar". Beginilah kisah keperitan hidup yangdilalui keluarga Safinah Madayah, 50, penjual jagung bakar tepi jalan diKampung Manggaris 3, dekat sini.
Katanya lebih dua dekad lepas, beliau dan suaminya Limbou Gapawi, 48, yangbaru mendirikan rumah tangga hanya bersandarkan upah gumamas (membersihkan) kebun orang lain untuk mendapatkan nafkah hidup.
"Kadang-kadang kami terima RM100 sebulan dan kadang-kadang tiada pendapatan langsung. Hidup kami amat susah sekali. Beberapa tahun kemudian, kami memutuskan untuk menanam jagung secara kecil-kecilan.
"Hasil pendapatan tidaklah seberapa tetapi cukup untuk kami meneruskan hidup. Pada tahun 1992 kami cuba pula menjual jagung bakar di tepi jalan raya Kota Marudu-Kota Belud dekat kampung ini. Pada waktu itu pendapatan kami sebulanbertambah sedikit iaitu sekitar RM300 sebulan," katanya kepada Bernama.
Safinah yang kini mempunyai enam orang anak berumur antara tujuh dan 23tahun berkata hidup menunjukkan perubahan yang ketara setelah mendapat bantuandaripada kerajaan melalui skim pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang disediakan khas untuk membantu Bumiputera memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Katanya keluarganya memohon pinjaman itu dan diberi pinjaman RM500 pada tahun 2000.
"Itulah saya gunakan modal pusingan untuk mengembangkan perniagaan menjual jagung bakar. Selepas membayar pinjaman itu saya meminjam lagi untukmempelbagaikan sumber pendapatan dengan menjual barang kraftangan.
"Dulu saya tanam sendiri jagung tetapi dengan adanya modal yang diberi olehAmanah Ikhtiar saya mampu memajak jagung daripada penanam jagung di sekitar KotaMarudu dan bekalannya terjamin," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepadapihak kerajaan yang begitu prihatin membantu keluarga termiskin di Sabah khususnya di kawasan Kota Marudu yang merupakan antara daerah termiskin dinegara ini.
Safinah berkata pendapatannya telah bertambah hampir lapan kali ganda dan kadang-kadang boleh mencecah RM1,000.
"Keadan hidup kami semakin baik dan mudahlah untuk menyara hidup atau menyekolahkan anak-anak kami berbanding 20 tahun yang lepas," katanya.
Beliau berkata jagung bakar Kota Marudu kini semakin popular bukan sahaja dikalangan orang tempatan tetapi juga pelancong luar negeri.
Sebenarnya perubahan hidup yang ketara bagi keluarga Safinah menggambarkan taraf kehidupan ribuan penduduk Kota Marudu semakin baik.
"Kota Marudu sekarang bukan lagi Kota Marudu dulu. Banyak perubahan yangboleh dilihat terutama daripada segi pembangunan. Misalnya di kampung kami ini,kerajaan bukan sahaja membantu menyediakan gerai menjual hasil pertaniantermasuk jagung bakar tetapi juga menyediakan kemudahan asas seperti jalan rayake kampung, bekalan elektrik dan air," katanya.
Safinah berkata perubahan itu begitu ketara sekali sejak Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili menjadi anggota Parlimen KotaMarudu.
"Beliau (Dr Maximus) bolehlah dianggap sebagai bapa pembangunan Kota Marudukerana berjaya membawa banyak perubahan dalam semua aspek kehidupan. Dengan wawasannya yang jauh, beliau juga membawa sinaran hidup yang cerah kepada ribuanpenduduk Kota Marudu dengan memastikan lebuh raya Kota Marudu-Ranau menjadi kenyataan.
"Saya harap apabila Kota Marudu jadi pekan persinggahan maka perniagaan tepi jalan termasuk penjual jagung bakar pun dapat tempias...inilah yang kita mahu,"katanya. -- BERNAMA

No comments: